Creed merupakan sebuah band dari Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1993 dan dianggotai oleh 4 orang jejaka iaitu Scott Stapp (vokal utama), Mark Tremonti (gitar dan vokal kedua), Brian Marshall (bass) dan Scott Phillips (drum).
Creed di awal penubuhannya
Kemudian, Brian Marshall meninggalkan kumpulan pada tahun 2001 atas masalah peribadi yang menimpa dirinya.
Pada tahun 2004, Creed diisytiharkan berpecah. Scott Stapp bergerak secara solo manakala Mark Tremonti dan Scott Phillips bersatu semula dengan Brian Marshall dan menubuhkan sebuah band baru yang bernama Alter Bridge dengan Myles Kennedy (bekas vokalis The Mayfield Four) menjadi vokalis utama.
Mark Tremonti mendakwa Creed tidak akan bersatu semula pada masa akan datang. Namun pada tahun 2009, Creed bersatu kembali dan membuat kemunculan semula tanpa disangka-sangka.
Bagi anda yang belum pernah mendengar lagu Creed dan tertanya-tanya tentang lagu terbaik mereka yang patut anda dengar sebagai koleksi halwa telinga anda, entri kali ini merupakan jawapan kepada persoalan tersebut. 5 lagu terbaik band Creed adalah:
1. Higher
"Can you take me higher? To a place where blind men see. Can you take me higher? To a place with golden streets."
2. With Arms Wide Open
"With arms wide open, under the sunlight, welcome to this place. I'll show you everything with arms wide open."
3. My Sacrifice
"When you are with me, I'm free, I'm careless, I believe. Above all the others, we'll fly. This brings tears to my eyes. My sacrifice."
4. One Last Breath
"Hold me now. I'm six feet from the edge and I'm thinking maybe six feet ain't so far down."
5. On My Sleeve
"Can you fix what's made to be broken? I can't fix what's made to be. My heart is tattooed on my sleeve. I'm not hiding. No. It only hurts to breathe. My heart is tattooed on my sleeve. I know it's blinding. No. It only hurts to breathe."