Laman Rujukan Lagu Untuk Anda!

Saturday, December 13, 2014

5 LAGU TERBAIK CREED

Creed merupakan sebuah band dari Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1993 dan dianggotai oleh 4 orang jejaka iaitu Scott Stapp (vokal utama), Mark Tremonti (gitar dan vokal kedua), Brian Marshall (bass) dan Scott Phillips (drum).

Creed di awal penubuhannya

Kemudian, Brian Marshall meninggalkan kumpulan pada tahun 2001 atas masalah peribadi yang menimpa dirinya.


Pada tahun 2004, Creed diisytiharkan berpecah. Scott Stapp bergerak secara solo manakala Mark Tremonti dan Scott Phillips bersatu semula dengan Brian Marshall dan menubuhkan sebuah band baru yang bernama Alter Bridge dengan Myles Kennedy (bekas vokalis The Mayfield Four) menjadi vokalis utama.

Mark Tremonti mendakwa Creed tidak akan bersatu semula pada masa akan datang. Namun pada tahun 2009, Creed bersatu kembali dan membuat kemunculan semula tanpa disangka-sangka.


Bagi anda yang belum pernah mendengar lagu Creed dan tertanya-tanya tentang lagu terbaik mereka yang patut anda dengar sebagai koleksi halwa telinga anda, entri kali ini merupakan jawapan kepada persoalan tersebut. 5 lagu terbaik band Creed adalah:

1. Higher

"Can you take me higher? To a place where blind men see. Can you take me higher? To a place with golden streets."

2. With Arms Wide Open

"With arms wide open, under the sunlight, welcome to this place. I'll show you everything with arms wide open."

3. My Sacrifice

"When you are with me, I'm free, I'm careless, I believe. Above all the others, we'll fly. This brings tears to my eyes. My sacrifice."

4. One Last Breath

"Hold me now. I'm six feet from the edge and I'm thinking maybe six feet ain't so far down."

5. On My Sleeve

"Can you fix what's made to be broken? I can't fix what's made to be. My heart is tattooed on my sleeve. I'm not hiding. No. It only hurts to breathe. My heart is tattooed on my sleeve. I know it's blinding. No. It only hurts to breathe."

Friday, December 12, 2014

LAGU TERBAIK KUMPULAN NASYID (MALAYSIA) - BAHAGIAN 2

6. "Kasih Kekasih" oleh In-Team

"Sebelum diijabkabulkan, syariat tetap membataskan. Pelajari ilmu rumahtangga agar kita lebih bersedia menuju hari yang bahagia. Kau tahu ku merinduimu. Ku tahu kau menyintaiku oh kasih. Bersabarlah sayang, saat indah kan menjelma jua. Kita akan disatukan dengan ikatan pernikahan oh kasih. Di sana kita bina tugu cinta mahligai bahagia."


7. "Hanya Tuhan Yang Tahu" oleh UNIC

"Oh tuhanku, berikanlah ketenangan abadi untukku menghadapi resahnya hati ini mendambakan kasih insan yang ku sayang. Di hati ini hanya Tuhan yang tahu. Di hati ini aku rindu padamu. Tulus sanubari menantikan hadirmu. Hanyalah kau gadis pilihanku."


8. "Erti Persahabatan Ini" oleh DeHearty

"Masih segar di ingatanku sentiasa, kenangan menggamit rasa. Tempuhi onak dan duri, itulah yang diharungi. Janji yang telah kita bina tetap kekal dan abadi. Marilah suburkan kembali hubungan dengan kejujuran. Leraikan segala impian, buktikan dengan keikhlasan. Moga persahabatan ini mengajar erti kehidupan dalam rahmat Tuhan yang Esa. Bahagia selamanya."


9. "Tika Dinihari" oleh Devotees

"Ya Allah Tuhanku yang merubahkanku. Tetapkanlah hatiku. Moga sentiasa dalam agamaMu, jua taat akan perintahMu. Tuhan, usah bebankan kami dengan bebanan yang berat seperti yang pernah Kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami. Tuhan, jangan pikulkan kami yang tidak kami terdaya. Maafkan salah kesilapan. Ampunkanlah dosa-dosa. Rahmatilah kami."


10. "Damai Yang Hilang" oleh NowSeeHeart

"Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya yang lemah longlai tak lagi bernyawa. Jeritan suara batinnya tak siapa mendengarnya."


Thursday, December 11, 2014

LAGU TERBAIK KUMPULAN NASYID (MALAYSIA) - BAHAGIAN 1

1. "25 Rasul" oleh Raihan

"Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh. Ibrahim, Luth, Ismail. Ishak, Yaqub, Yusuf, Ayub. Syu'aib, Musa, Harun, Zulkifli. Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa'. Yunus, Zakaria, Yahya, 'Isa. Wal akhiru khotimul ambiyaa Muhammad al musthofa."


2. "Pergi Tak Kembali" oleh Rabbani

"Selamat tinggal pada semua. Berpisah kita selamanya. Kita tak sama nasib di sana. Baikkah atau sebaliknya?"


3. "Teman Sejati" oleh Brothers

"Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci."


4. "Sumayyah" oleh Hijjaz

"Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara untuk hidup di syurga yang selama-lamanya. Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia. Namamu tetap menjadi sejarah."


5. "Suci Sekeping Hati" oleh Saujana

"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi. Jalan kebenaran indah terbentang di depan matamu para pejuang."