Peterpan merupakan sebuah band dari Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 2000 dan dianggotai oleh enam orang jejaka iaitu Ariel (vokal), Uki (gitar), Lukman (gitar), Indra (bass), Andika (keyboard), dan Reza (drum).
Peterpan di awal penubuhannya
Menjelang penghujung tahun 2006, Andika dan Indra secara rasminya keluar daripada Peterpan dan menubuhkan band baru yang bernama The Titans. Maka tinggal empat orang ahli yang masih berada dalam Peterpan iaitu Ariel, Uki, Lukman, dan Reza.
Pada tahun 2012, nama Peterpan terpaksa digugurkan daripada band ini atas tuntutan Andika dan digantikan dengan nama Noah. Barisan empat orang ahli dalam Peterpan telah ditambah dengan kehadiran seorang ahli yang bernama David sebagai barisan baru dalam band Noah. David sebelum ini merupakan ahli tambahan sebagai pemain keyboard Peterpan sejak tahun 2008.
Noah pada tahun 2012
Bagi saya, Peterpan dan Noah merupakan kumpulan yang jauh berbeza walaupun mereka dianggotai oleh orang yang sama. Saya lebih banyak meminati lagu-lagu Peterpan berbanding lagu-lagu kumpulan Noah yang sehingga kini masih belum mendapat tempat dalam hati ini. Jadi, bagi anda yang mungkin berminat dengan Peterpan tetapi masih tertanya-tanya tentang lagu terbaik mereka yang patut anda dengar sebagai koleksi halwa telinga anda, entri kali ini merupakan jawapan kepada persoalan tersebut. 10 lagu terbaik band Peterpan adalah:
1. Mimpi Yang Sempurna
"Aku kan menghilang dalam pekat malam lepas ku melayang. Biarlah ku bertanya
pada bintang-bintang tentang arti kita dalam mimpi yang sempurna."
2. Ada Apa Denganmu
"Oh hanya malam dapat meleburkan segala rasa yang tak terungkapkan tapi mengapa kau tak berubah? Ada apa denganmu?"
3. Mungkin Nanti
"Dan mungkin bila nanti kita akan bertemu lagi. Satu pintaku, jangan kau coba tanyakan kembali rasa yang ku tinggal mati seperti hari kelmarin, saat semua di sini."
4. Bintang Di Surga
"Bagai bintang di surga dan seluruh warna dan kasih yang setia dan cahaya nyata. Oh bintang di surga, berikan cerita dan kasih yang setia dan cahaya nyata."
5. Tak Bisakah
"Tak bisakah kau menungguku hingga nanti tetap menunggu? Tak bisakah kau menuntunku menemani dalam hidupku?"
6. Di Atas Normal
"Ku mencari sesuatu yang telah pergi. Ku mencari hati yang ku benci. Ku mencari sesuatu yang tak kembali. Ku mencari hati yang ku benci."
7. Menunggumu (feat. Chrisye)
"Bila rindu ini masih milikmu, ku hadirkan sebuah tanya untukmu. Harus berapa lama aku menunggumu? Aku menunggumu."
8. Menghapus Jejakmu
"Engkau bukanlah segalaku. Bukan tempat untuk hentikan langkahku. Usai sudah semua berlalu, biar hujan menghapus jejakmu."
9. Di Balik Awan
"Tempat ku melihat di balik awan. Aku melihat di balik hujan. Tempat ku terdiam tempat bertahan. Aku terdiam di balik hujan."
10. Walau Habis Terang
"Berjalanlah walau habis terang. Ambil cahaya cinta ku terangi jalanmu."